Lagipun kedai makan pun dah tutup . Jadi, hanya boleh sendiri masak dinner je kat rumah ~~ Kebetulan ada baki bihun dan beberapa bahan2 di dapur.. Anda boleh gunakan Mahkota Sos Mee Goreng untuk buat bihun goreng je ! Wow… dengan sebotol Mahkota Sos Mee Goreng memang cukuplah mengekalkan rasa bihun goreng yang sesedap ni. Jom cuba masak!
Bahan-bahan
Bihun
Mahkota Sos Mee Goreng
Bawang putih
Telur
Daun kucai
Udang kering
Cili merah
Limau nipis
Lada hitam
Isi ayam
Cara Memasak
Gorengkan bawang putih dan udang kering dengan minyak masak.
Masukkan dua biji telur dan isi ayam.
Masukkan bihun dan Mahkota Sos Mee Goreng. Gaul serata.
Masukkan daun kucai, cili merah dan sedikit lada hitam. Gaul sehingga masak. Sedia dihidangkan.